8 Cabaran Menghafal Al Quran

Dalam perjalanan membina diri dan masa depan, seorang tahfiz al Quran akan berhadapan dengan segala bentuk cabaran semasa proses hafazan. Apa yang penting ialah kebijaksanaan, kaedah dan cara menangani cabaran yang datang.

Seorang tahfiz al Quran bukan sekadar berhadapan dengan satu atau dua cabaran, tetapi pelbagai bentuk cabaran menghafal al Quran akan ditempuhi. Setiap satu bentuk cabaran yang datang, boleh mendorong penghafaz al Quran mengalah di pertengahan jalan.

Jika tersilap pertimbangan dan tindakan, kebiasaannya seseorang penghafaz akan kecundang lebih awal sebelum tamat pengajian. Paling penting yang perlu diingatkan ialah setiap pelajar tidak menganggap segala cabaran dan ujian yang dilalui sebagai batu penghalang.

Sirah perjalanan hidup Rasulullah S.A.W yang tidak pernah mengetahui apa itu buku, apa itu pena dan tidak pernah diajarkan walau sepotong pun ayat al Quran, tiba-tiba Baginda diperintahkan menerima al Quran secara hafalan.

Tidak kurang juga sahabat-sahabat Rasullullah S.A.W, para Tabe’ Tabittabii’en, para alim ulama’ dan pencinta al Quran terdahulu yang juga berhadapan dengan perkara yang sama. Para penghafaz al Quran hari ini juga tidak dapat tidak, pastinya berhadapan dengan situasi yang sama. Kerana untuk mendapat sesuatu yang mulia di sisi Allah SWT dan makhlukNya, tidaklah semudah yang disangka.

Allah SWT mengingatkan kita dalam firmannya:

8 Cabaran Menghafal Al Quran 1

Ertinya: “Yang demikian adalah menurut “Sunnatullah” (undang-undang peraturan Allah yang telah lalu; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi “Sunnatullah” itu.” – Al Ahzab 33:62.

Sebagai seorang hafiz al Quran, perlu mempunyai tekad dan azam yang jitu apabila mereka telah menceburkan diri dalam dunia hafalan al Quran.

Memilih bidang yang mulia dan penuh cabaran ini seharusnya dilalui dengan tekad, kesungguhan, komitmen, keazaman serta rangsangan dalaman yang tercetus dari hati yang suci. Andai tiada kecekalan untuk menghafal al Quran, akan sia-sialah impian dan usaha.

Disebalik cabaran, kesulitan, kepayahan dan keletihan menghafaz al Quran, pasti di sana ada kemulian sedang menunggu. Suatu kemulian yang tinggi, iaitu kemuliaan yang dianugerahi oleh Allah SWT yang tidak semua manusia di dunia ini memperolehinya. Dengan syarat, berjaya mengatasi semua cabaran dan ujian dan sentiasa merasakan kemanisan madu al-Quran yang sedang semai.

Satu pepatah arab mengatakan;

” تريدون ادراك المعالى رخيصةً # فلا بدَّ دون الشّهد من أبرِ النّحلِ ”

Ertinya: Kamu hendakkan sesuatu yang mahal (kemuliaan) dengan harga yang murah, sedangkan tidak dapat tidak untuk mendapatkan madu itu harus berhadapan dengan sengatan lebah.

Cabaran Dalam MenghafaL Al Quran

Lupa Adalah Sifat Semula Jadi

Sifat lupa adalah tabiat semulajadi manusia, tidak dipanggil manusia kecuali kerana sifat nisyannya, penyair arab berkata:

“وما سمى القلب قلبا إلا لتقلبه ما سمى إلإنسان انسانا إلا لنسيانه ”

Ertinya: Tidak dinamakan hati (قلب) kecuali kerana banyak berdolak dalihnya(تقلب) tidak dinamakan manusia(الإنسن) kecuali kerana sifat nisyannya(نسيان)

Walaupun lupa itu merupakan sifat semula jadi manusia, namun terdapat faktor-faktor yang menyebabkan lupa itu terjadi. Pada masalah menghafaz, lupa boleh berlaku kerana faktor-faktor berikut:

1. Tidak mematuhi disiplin menghafaz

  • Tidak mengamalkan teknik menghafal yang betul
  • Kurang memberikan penekanan awal menghafaz
  • Tidak melakukan pengulangan yang banyak setiap kali menghafaz ayat baru
  • Mempunyai tahap daya ingatan yang lemah

2. Tidak megulang hafazan lama

  • Sebab malas
  • Sibuk dengan urusan yang tidak berkaitan
  • Lebih memberikan tumpuan pada subjek-subjek yang lain
  • Tidak cekap mengatur masa menghafaz dan mengulang

3. Menambah masalah (beban)

  • Terlalu memberikan tumpuan pada aktiviti-aktiviti lain seperti aktiviti persatuan dan sebaginya
  • Terlibat mengajar al Quran dirumah-rumah secara sambilan (mengganggu masa menghafaz)
  • Terdapat juga pelajar yang bekerja sambilan, seperti bekerja di pasaraya, stesen minyak dan sebaginya

4. Melakukan maksiat

  • Maksiat mata
  • Maksiat hati
  • Maksiat besar

Imam Al-Syafie pernah mengadu pada gurunya:

” شوكتُ إلى وكيع سوء حفظى، فأر شدنى إلى ترك المعاصى فإن الحفظى فضلٌ من إله وفضلُ الله لا يعطى للعاصى ”

Ertinya: Aku mengadu kepada guru ( Wake’) buruknya (cepat lupa) hafazanku. Dia mesarankan kepadaku supaya meninggalkan segala maksiat, kerana menghafaz itu satu kelebihan dari Allah, maka kelebihan (kemuliaan) itu tidak diberikan kepada pelaku maksiat.

5. Pengaruh pesekitaran

Pelajar tahfiz perlu memberikan perhatian yang serius akan hal ini. Kerana pengaruh persekitaran akan membawa impak yang besar kepada prestasi hafazan. Sekiranya penempatan itu disatukan dengan pengajian lain, selain pelajar tahfiz, maka pelajar tahfiz perlu bijak mengawal diri dan menjaga pergaulan. Ini kerana suasana pengajian tahfiz amat berlainan dengan suasana pengajian selain tahfiz.

Mereka bukan sahaja perlu memberikan penumpuan penuh, keazaman dan komitmen kepada penghafazan dan pengulangan Al Quran, bahkan mereka juga perlu memberikan tumpuan kepada matapelajaran yang lain. Sedang pengajian yang selain tahfiz kurang memberikan penekanan dalam bidang hafazan secara serius. Mereka (selain pelajar hafazan al Quran) mungkin sekadar menghafaz surah-surah tertentu sahaja.

Maka itu dibimbangi pelajar tahfiz al Quran akan terbawa atau terikut gaya belajar selain budaya pengajian tahfiz. Pengajian tahfiz perlu mengawal dan menguruskan masa dengan berkesan. Kebijaksanaan dalam mengawal dan mengurus masa amat penting supaya proses penghafazan dan pengulang hafazan tidak terganggu.

6. Peraturan keluar masuk asrama

Perkara keluar masuk arama merupakan perkara yang perlu diberikan perhatian serius. Pelajar tahfiz tidak boleh membiasakan diri keluar asrama setiap hari. Bagi asrama yang telah menetapkan peraturan tertentu, bukanlah bertujuan mengekang kebebasan keluar masuk pelajar, tetapi lebih kepada untuk menjaga kualiti dan kecemerlangan hafazan pelajar.

Kebimbangan yang dihadapi khususnya para guru tasmi’ adalah pelajar kurang bijak mengawal kebebasan keluar masuk mereka dari asrama. Terdapat juga para penjaga atau ibu bapa pelajar yang hadir ke pusat tahfiz dan membawa keluar pelajar untuk pelbagai tujuan yang kurang penting. Kebebasan masa yang begitu panjang berada diluar asrama amat merumitkan para guru tasmi’.

Isu ini boleh membawa impak yang tidak baik kepada pelajar dan kualiti hafazan itu sendiri. Kedapatan beberapa pelajar tidak menghantar hafazan dan kurang menjaga kuliti hafazan. Maka sebab itu keluar masuk asrama harus berlaku pada hari-hari tertentu atau mengikut jadual outing yang ditetapkan sahaja. Begitu juga kebenaran pulang ke kampung, pelajar harus bijak memilih hari-hari tertentu atau mengikut jadual yang ditetapkan sahaja supaya kualiti hafazan mereka terpelihara.

7. Ayat-ayat yang mengelirukan

  • Ayat mutaqaribat
  • Ayat mutasyabihat
  • Ayat Mutamasilat

Tiga kategori ayat-ayat di atas disebut juga ayat tashaboh, bentuk ayat ini hampir serupa tetapi tidak sama.

Terdapat juga ayat yang sama dari awal hingga akhir ayat. Bagi pelajar-pelajar yang sedang menghafaz mereka perlu rajin membuat semakan atau pencarian terhadap bentuk bentuk ayat yang mengelirukan tadi. Ini bertujuan memantapkan lagi hafazan dan dapat mengelakan diri dari tersalah sambung ayat atau termasuk ke dalam ayat atau surah yang lain.

Diantara bentuk ayat yang mengelirukan itu:

  1. Sama dipermulaan ayat tetapi tidak sama dipenghujungnya
  2. Tidak sama dipermula ayat tetapi sama di penghujungnya
  3. Sama dari permula ayat hingga ke penghujungnya.

Contoh:

  • Ayat 35 surah Al-Baqarah dan Ayat 19 surah Al-‘Araf
  • Ayat 48 surah Al-Baqarah dan Ayat 123 surah Ali-Imran
  • Ayat 49 surah Al-Baqarah dan Ayat 141 surah Al-‘Araf

Disunting dari laman web asal http://omartahfiz.blogspot.com/