Maahad Tahfiz Al Quran Imam Malik

Kompleks Maahad Tahfiz Al Quran Imam Malik

Maahad Tahfiz Al Quran Imam Malik (MTQIM), Kampung Jergoh, Lanchang telah ditubuhkan pada 15 Januari 2012 di atas sebidang tanah wakaf.

Kompleks MTQIM yang berkonsepkan pondok moden telah berdaftar di Pendaftar Pertubuhan Malaysia dengan nombor pendaftaran PPM-028-06-19012016. MTQIM juga telah mendapat pengiktirafan daripada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dengan nombor daftar MUIP KS43/2018.

Maahad Tahfiz Al Quran Imam Malik mempunyai visi yang jelas untuk melahirkan lebih ramai huffaz yang berkualiti tinggi dan mempunyai daya tahan dan keimanan yang ampuh bagi menempuh hidup dalam dunia hari ini yang penuh cabaran.

Kini, Maahad Tahfiz Al Quran Imam Malik telah berjaya menyiapkan fasa ketiga pembangunan iaitu sebuah dewan belajar yang selesa, sistem pengawasan CCTV dan pagar keselamatan  bagi menampung bilangan santri seramai 60 orang dengan 5 orang tenaga pengajar termasuk seorang mudir.

Pihak pengurusan MTQIM kini sedang merangka untuk membangunkan beberapa fasiliti tambahan untuk kegunaan santri dalam menjalankan aktiviti fizikal/riadah disamping menyiapkan kerja-kerja terakhir pagar keselamatan.

Untuk itu, kami di MTQIM amat mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi menjadikan MTQIM sebuah kompleks yang lengkap.

Kompleks Maahad Tahfiz Al Quran Imam Malik

Matlamat dan Hala Tuju

Bagi mencapai objektif penubuhan MTQIM, maka dengan itu kami merangka misi dan visi seperti berikut

Misi

Menjadi sebuah kompleks pendidikan Al Quran yang lengkap dan kondusif bagi mencapai visi MTQIM dan wawasan negara.

Visi

Membentuk generasi huffaz yang mempunyai sifat kepimpinan dinamik berlandaskan Al Quran dan As Sunnah.

Objektif

  • Melahirkan generasi huffaz yang mempunyai daya tahan dan disiplin ilmu yang tinggi dalam menghadapi cabaran masa hadapan.
  • Membina generasi huffaz yang patuh kepada perintah Allah SWT dan mampu memelihara kesucian Al Quran.
  • Membentuk insan yang mempunyai variasi kemahiran kepimpinan berkualiti berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.