Maahad Tahfiz Al Quran Imam Malik

Maahad Tahfiz Al Quran Imam Malik, Kampung Jergoh 28500 Lanchang Pahang (MTQIM) ditadbir dan diuruskan oleh Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Imam Malik.

MTQIM merupakan puast tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan Pendafaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan nombor pendaftaran PPM-028-06-19012016 dan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dengan nombor pendaftaran MUIP KS 43/2018.

Pusat tahfiz yang berkonsepkan pondok moden ini ditubuhkan pada 5 Januari 2012 di atas sebidang tanah wakaf. Buat waktu ini, MTQIM menjalinkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk sementara di Surau Kampung Jergoh dengan bilangan pelajar seramai 54 orang dengan 3 orang tenaga pengajar. MTQIM diuruskan oleh seorang mudir.

PERBELANJAAN

Perbelanjaan bulanan MTQIM seperti di bawah:-

BIL PERKARA JUMLAH
1 Gaji kakitangan RM7,000.00
2 Perbelanjaan dapur RM5,000.00
3 Perbelanjaan mengurus RM2,000.00
JUMLAH RM14,000.00

PEMBANGUNAN

Untuk menjadikan MTQIM sebagai pusat tahfiz yang kondusif, pihak pengurusan berusaha membina sebuah kompleks yang lengkap dalam beberapa fasa seperti berikut:-

FASA PERTAMA

Mendirikan sebuah blok asrama termasuk dua buah kediaman guru serta sebuah pejabat pengurusan. Pembinaan fasiliti bagi fasa pertama telah dijalankan secara gotong royong bersama penduduk setempat.

FASA KEDUA

Membina sebuah dewan makan. Pembinaan dewan makan juga telah dilakukan secara gotong royong bersama penduduk Kampung Jergoh.

FASA KETIGA

Membangunkan dua buah rumah guru tambahan untuk keperluan 3 orang guru termasuk seorang mudir.

Perbelanjaan bagi pelaksanaan fasa pertama, kedua dan ketiga ialah RM400,000.00

FASA KEEMPAT

Merancang untuk membina garaj kenderaan rasmi MTQIM, dewan kuliah, membina pagar keselamatan di sekeliling kompleks, tambahan ruang asrama dan pembinaan tandas / bilik mandi pelajar asrama. Anggaran perbelanjaan bagi fasa keempat ialah sebanyak RM350,000.00.

Buat masa sekarang, pihak pengurusan MTQIM sedang berusaha mencari dana untuk menjalankan fasa keempat. Sehubungan itu, pihak MTQIM memohon sumbangan daripada pihak tuan/puan untuk menampung kos berkenaan.