Majlis Intifal MTQIM 2018Alhamdulillah, telah berlansung Majlis Ihtifal MTQIM 2018. Majlis yang diadakan bagi beraikan dan penganugerahan kecemerlangan kepada santri, telah dirasmikan oleh Pengerusi MTQIM, Tuan Jamian Hj. Aziz.

Majlis Ihtifal yang bermula jam 10 pagi ini telah diawali dengan forum yang dipanelkan oleh pendakwah dan ahli motivasi, Ustaz Muhammad Idris Hj. Derus, Penceramah PU Norhamizi Jalaluddin. Juga diserikan oleh Qadhi Daerah Muadzam, Al Fadil Ustaz Hamdan Yusi Yusof.

Majlis yang berlansung secara sederhana di perkarangan Kompleks MTQIM ini turut dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu jemputan yang terdiri daripada santri dan waris santri.

MTQIM mendoakan semoga warga cemerlang MTQIM akan terus berjaya dalam kehidupan dan teruslah berbakti kepada islam, bangsa dan negara. Jadikanlah Al Quran sebagai pedoman.

Categories: Aktiviti

Admin

Seorang insan biasa

0 Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)