MENGENAI LAMAN WEB MAAHAD TAHFIZ AL QURAN IMAM MALIK

PERMULAAN

Laman web Maahad Tahfiz Al Quran Imam Malik ini dibangunkan selepas perbincangan dan beberapa siri pertemuan antara developer dengan Mudir MTQIM, Ustaz Zulkifli Mohd Isa. Hasil dari perbincangan berkenaan, Tuan Mudir bersetuju agar MTQIM memiliki sebuah laman web berdasarkan beberapa matlamat yang dirancang.

PEMBANGUNAN

Laman web ini dibangunkan oleh bapa kepada salah seorang pelajar MTQIM (developer). Ia dibiayai sepenuhnya oleh developer sendiri.

TUJUAN

Tujuan utama pembangunan laman web MTQIM ini ialah:-

  1. Publisiti bagi mengumpul dana/sumbangan untuk pembangunan MTQIM
  2. Membina sebuah sistem kutipan dana (bayaran & pengurusan dana) yang lebih dipercayai, efisien, dinamik dan selamat
  3. Menjana sistem laporan & sistem pembahagian dana berdasarkan hajat penyumbang yang lebih sistematik, tepat, cepat dan mudah
  4. Menjadikan MTQIM sebuah ‘pondok moden’ yang tidak tercicir dari arus teknologi maklumat
  5. Sebagai wadah penyampaian maklumat antara pihak pengurusan MTQIM dengan ibu bapa, penjaga pelajar dan orang awam
  6. Penyampaian maklumat dan laporan berkaitan MTQIM kepada JAKIM, MUIP dan ROS

PERANCANGAN FASILITI IT

Akan datang (insya Allah):-

  1. Sistem pendaftaran online
  2. Sistem pengurusan murid
  3. Sistem semakan prestasi murid oleh ibu bapa atau penjaga

MATLAMAT & HALA TUJU LAMAN WEB

Insya Allah developer akan terus membuat beberapa R&D bagi mengimplementasikan MTQIM dengan kemudahan teknologi dan memantapkan sistem penyampaian. Jika tuan/puan mempunyai idea, teguran atau pertanyaan, sila kemukakan kepada developer melalui email