misi visi objektif

DALAM menempuh ranjau pendidikan berteraskan Islam, Maahad Tahfiz Al Quran Imam Malik terbiasa melalui situasi yang mencabar.

Pelbagai rintangan dan kekangan terutama dari segi metarial, fasiliti dan ekspektasi umum yang jika tidak dialasi dengan azam dan tekad, tentulah ia akan mematahkan ijtihad kami.

Dalam menempuh perjalanan menuju redha Allah SWT, kami seluruh warga pendidik Maahad Tahfiz Al Quran Imam Malik, menanam azam dan membulatkan tekad dengan merangka Misi, Visi dan Objektif agar jihad kami tidak tersasar.

Untuk itu, berikut adalah Misi, Visi dan Objektif Maahad Tahfiz Al Quran Imam Malik:-

MISI

Menjadi sebuah kompleks pendidikan Al Quran yang lengkap dan kondusif bagi mencapai visi MTQIM dan wawasan negara.

VISI

Membentuk generasi huffaz yang mempunyai sifat kepimpinan dinamik berlandaskan al Quran dan as Sunnah.

OBJEKTIF

Melahirkan generasi huffaz yang mempunyai daya tahan dan disiplin ilmu yang tinggi dalam menghadapi cabaran masa hadapan.

Membina generasi huffaz yang patuh kepada perintah Allah SWT dan mampu memelihara kesucian al Quran.

Membentuk insan yang mempunyai variasi kemahiran kepimpinan berkualiti.