Program Khas Untuk Pelajar Tahfiz

Program Khas Untuk Pelajar Tahfiz

Kerajaan Terengganu akan melaksanakan program khas untuk pelajar tahfiz, madrasah dan sekolah pondok yang berhasrat untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program fast track yang bermula tahun depan ini akan dikendalikan oleh Kolej Universiti Tati (TATIUC) agar pelajar aliran agama boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang vikasional dan teknikal di Institut Pengajian Tinggi (IPT) milik kerajaan Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata kerajaan negeri itu akan mengumumkan peruntukan khas untuk program ini dalam pembentangan Belanjawan 2019 negeri Terengganu pada 25 November depan.

[Baca juga: Hala Tuju Pelajar Tahfiz]

Kerajaan negeri juga akan berkolaborasi dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) serta Yayasan Terengganu untuk membantu pembiayaan pelajar yang akan menyertai program ini terutama pelajar dari golongan kurang berkemampuan.

Saifu Bahri juga berkata, tidak semua pelajar aliran agama berpeluang menduduki SPM. Jadi, kerajaan Terengganu berharap program khas untuk pelajar tahfiz, madrasah dan sekolah pondok dengan usahasama TATIUC ini akan memberi manfaat kepada pelajar aliran agama untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sistem Pendidikan dan latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Perincian mengenai program ini akan diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada pembentangan Belanjawan 2019 nanti. – Sumber

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.