Login Akaun

Daftar Akaun Penderma

Maklumat peribadi tuan/puan hanya digunakan untuk tujuan rekod sumbangan, audit & entiti bagi persetujuan terhadap privacy policy.

Dasar Privasi

Dasar privasi ini menerangkan penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui laman web Maahad Tahfiz Al Quran Imam Malik di www.mtqim.edu.my.

Keselamatan Data

Semua penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi dikumpul semasa pengunjung melayari www.myqim.edu.my kecuali maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui e-mel, borang sumbangan atau pendaftaran di bahagian yang dilindungi dalam laman web ini.

Pautan

Walaupun www.mtqim.edu.my mempunyai pautan dengan laman web agensi-agensi kerajaan, agensi-agensi lain dan sebagainya, dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web agensi lain yang dilayari.

Fail Log

Bagi tujuan meningkatkan tahap keselamatan dan kecekapan laman web Maahad Tahfiz Al Quran Imam Malik, maklumat umum pengunjung seperti jenis browser, nama domain, nama negara dan lain-lain maklumat akan digunakan dalam pengumpulan dan penganalisaan maklumat demografi dan halaman-halaman yang sering dikunjungi oleh pelanggan. Walaubagaimanapun ianya tidak melibatkan privasi individu.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini.

Maklumat Penderma Sumbangan

Semua maklumat yang diisi dalam borang sumbangan sama ada bayaran secara online atau offline akan direkodkan selama 2 tahun. Maklumat ini hanya digunakan bagi tujuan pengauditan dan rekod akaun.

Selepas tempoh 2 tahun, maklumat peribadi penderma akan dihapuskan dari sistem secara automatik.

Bagaimanapun penderma boleh meminta supaya maklumat diri penderma tersebut dihapuskan dalam tempoh 2 tahun. Bagi maksud tersebut, penderma hendaklah menghantar e-mel bagi tujuan pelupusan rekod penderma ke alamat e-mel

Dasar Keselamatan

  1. Sumbangan dan penyebaran maklumat yang dilarang dan bahan-bahan negatif yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam dan negara adalah dilarang.
  2. Menyebar maklumat berbau politik, hasutan, fitnah atau perkauman atau apa-apa yang melanggar hukum syariah atau menjatuhkan maruah Islam atau individu tertentu adalah dilarang.
  3. Pengunjung hendaklah memastikan fail yang dihantar melalui kepilan (attachment) bebas dari virus.
  4. Pengunjung adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas maklumat yang dikunci masuk.
  5. Semua maklumat yang hendak dimuatkan ke dalam laman web Maahad Tahfiz Al Quran Imam Malik mestilah mendapat kelulusan Mudir Maahad Tahfiz Al Quran Imam Malik atau admin.
  6. Pencerobohan atau percubaan untuk menggodam laman web Maahad Tahfiz Al Quran Imam Malik adalah dilarang. 

Perhubungan

Admin bagi laman web ini boleh dihubungi dengan menggunakan alamat e-mel atau

Selain itu, admin juga boleh dihubungi melalui surat di alamat:

No 16, Lorong 2/5, Taman Bukit Rangin Perdana 2, 25150 Kuantan, Pahang, MALAYSIA